Dron kejutkan Ecuador, Uruguay

Dron kejutkan Ecuador, Uruguay

QUITO, 13 Nov (Agensi) – Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara tuan rumah, Ecuador dengan Uruguay, di sini, semalam terhenti seketika apabila sebuah dron terjatuh di kawasan gol pelawat.

Kejadian itu disedari penjaga gol, Uruguay, Fernando Muslera yang kemudian bertindak membawanya keluar dari kawasan gawang.

Tidak dinyatakan bagaimana dron berkenaan berada di situ, namun ia turut mengejutkan pemain kedua-dua pasukan serta pengadil perlawanan.

Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera mengambil sebuah dron yang terjatuh di atas padang ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador di Quito, semalam. – AFP
Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera mengambil sebuah dron yang terjatuh di atas padang ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador di Quito, semalam. – AFP

Perlawanan diteruskan selepas itu. Dalam perlawanan berkenaan, Ecuador mempamerkan aksi terbaik dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan apabila menumpaskan Uruguay 2-1, iaitu kemenangan ketiga berturut-turut.

Ecuador yang mengejutkan Argentina di Buenos Aires bulan lalu, kini memperoleh tiga mata lagi selepas Fidel Martinez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Ecuador kini memungut sembilan mata selepas tiga perlawanan untuk memastikan tempat ke Piala Dunia 2018 di Russia.