Dron untuk pelarian direka

Dron untuk pelarian direka

LESBOS, Greece, 24 Ogos – Berdiri di pantai batu kerakal di pulau Greece Lesbos, Mehdi Salehi mencari tempat yang sesuai untuk melepaskan dronnya.

Jauh daripada satu hobi, ia adalah satu projek untuk menyelamat nyawa pelarian yang lemas, direka oleh seorang warga Afghan berusia 33 tahun yang pernah menjadi seorang pelarian.

Lima belas tahun selepas melarikan diri daripada rumahnya untuk melepaskan diri daripada Taliban, pakar dron ini mahu membantu orang lain sepertinya selamat ketika menyeberang laut Aegean dan Mediteranean yang telah meragut beribu-ribu nyawa.

Ditubuhkan oleh Salehi, ‘Dron untuk Pelarian’ adalah satu projek yang dicipta untuk membolehkan anggota menyelamat menjejaki dan mencari bot penghijrah yang menghadapi masalah, mengurangkan masa untuk sampai kepada mereka dalam cara yang boleh bermakna perbezaan di antara hidup dan mati.

Jalan laut di antara Turki dan Pulau Greece sentiasa menjadi jalan pilihan dengan penyeludup, tetapi pada tahun 2015, jumlah orang yang menyeberangi jalan air tersebut telah meledak di-sebabkan konflik Syria.

Dari rumahnya di New York, di mana beliau menjadi pensyarah di Sekolah Reka Bentuk Parsons, Mehdi melihat gambar berita dramatik yang menunjukkan dingi yang penuh sesak dengan penumpang. – AFP