Dropbox tingkatkan khidmat pengguna

Dropbox tingkatkan khidmat pengguna

BERLIN, 1 Julai (dpa) – Pengguna Dropbox sekarang boleh menghantar permintaan kepada kenalan (contact) mereka meminta untuk berkongsi fail, bagi mengatasi masalah apabila tidak mampu memperoleh data daripada orang yang tidak menggunakan sistem perkongsian fail tersebut.

Perkhidmatan terbaru itu tidak memerlukan orang yang memberikan fail itu menjadi ahli. Sebaliknya pengguna Dropbox boleh meminta fail, sama ada ia merupakan dokumen gambar atau tulisan kepada kenalannya.

Permintaan itu datang dengan satu pautan. Apabila ditekan, satu arahan akan timbul meminta fail yang dimahukan.

Kenalan hanya perlu menekan fail yang diperlukan mereka untuk diserahkan kepada ahli Dropbox.

Bagaimanapun fail bersaiz dua gigabait ke atas tidak boleh dikongsi dalam satu masa.

ARTIKEL YANG SAMA