DSP United mara pusingan kedua

DSP United mara pusingan kedua

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 6 Okt – DSP United meneruskan kemaraannya ke Pusingan Kedua Piala FA-DST 2015 walaupun mendapat tentangan sengit daripada BTC Red Star sebelum memenangi perlawanan dengan jaringan tipis 2-1 malam tadi.

Kedua-dua gol DSP United terhasil menerusi sepakan penalti yang dianugerahkan pengadil pada separuh masa pertama yang berjarak hanya empat minit antara satu dengan yang lain iaitu pada minit ke-23 dan ke-27 perlawanan. Kedua-duanya disempurnakan oleh Mohamad Nazri bin Haji Hassan.

BTC Red Star menjadikan pertarungan Pusingan Pertama Piala FA-DST 2015 itu bertambah sengit pada separuh masa kedua apabila sudah berjaya membolosi gawang DSP United pada minit ke-48 iaitu hanya tiga minit selepas perlawanan bermula, hasil jaringan Hariyanto.

DSP United berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA-DST 2015 menerusi kemenangan 2-1 ke atas BTC Red Star.
DSP United berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA-DST 2015 menerusi kemenangan 2-1 ke atas BTC Red Star.

Walau bagaimanapun empat puluh dua minit perlawanan selepas itu berlangsung tanpa ada lagi jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan untuk memberikan DSP United nafas lega berjaya mara ke pusingan kedua.

Lawan DSP United pada pusingan kedua nanti ialah pasukan Liga Perdana DST 2015, BESA FC, yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, 21 Oktober, di tempat yang sama, Kompleks Sukan Tutong (KST).

ARTIKEL YANG SAMA