DST agih lebih 500 daging korban dan akikah

DST agih lebih 500 daging korban dan akikah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Lebih daripada 500 kotak daging korban dan akikah diagihkan hari ini oleh Syarikat DST bagi sambutan Hari Raya Aidiladha yang berlangsung di Ibu Pejabat DST Tungku Link, Gadong.

Menurut satu kenyataan DST, di sini, sebanyak tujuh ekor sapi, empat ekor kerbau dan enam ekor kambing telah dikhaskan untuk majlis korban yang diadakan lebih awal pada waktu senja di Lampaki Mulaut dan dihantar ke Ibu Pejabat DST bagi pengagihan kepada penerima-penerima korban dan akikah yang terdiri daripada fakir miskin dan pekerja-pekerja DST.

Mengetuai majlis berkenaan sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Korban dan Akikah DST ialah Pengarah Pengurusan Kemudahan Kumpulan DST, Haji Mohd Sahrifulhafiz bin Abdullah.

Hadir bagi mengagihkan daging korban dan akikah di majlis berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

ATAS & BAWAH: Awang Abdul Latiff mengagihkan daging korban berkenaan kepada beberapa orang penerima yang terdiri daripada fakir miskin dan kakitangan DST.
ATAS & BAWAH: Awang Abdul Latiff mengagihkan daging korban berkenaan kepada beberapa orang penerima yang terdiri daripada fakir miskin dan kakitangan DST.

pg12_150926_d

Turut hadir bagi mengagihkan daging-daging tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Haji Hussain, Pihak Pengurusan dan kakitangan-kakitangan DST.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang Farizal bin Ali diikuti dengan laungan takbir raya bersempena dengan Hari Raya Aidiladha.

Majlis Korban dan Akikah telah diadakan setiap tahun dan secara sukarela oleh kakitangan DST.

Tahun ini terdapat kira-kira 100 sukarelawan DST mempamerkan kerja berpasukan dalam sukarelawan dan kerja amal.

Majlis diakhiri dengan pengagihan bahagian daging korban dan akikah yang diserahkan kepada 300 penerima fakir miskin di Daerah Brunei dan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA