DST Airport Mall tampil wajah baru

DST Airport Mall tampil wajah baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – DST telah membuka semula cawangannya di The Airport Mall yang menampilkan wajah baru lebih selesa dan inovatif setelah menjalani fasa pengubahsuaian.

Pelancaran semulanya, hari ini, telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain.

Pembukaan semula cawangan itu merupakan sebahagian daripada siri penambahbaikan yang dilaksanakan ke atas pusat perkhidmatan pelanggan DST selepas pembukaan cawangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan DST Gadong yang juga menjalani pengubahsuaian yang serupa.

Turut menjalani pengubahsuaian termasuk kedai DSTIncomm Samsung Experience dan DSTIncomm cawangan The Mall bagi produk iPhone.

Awang Suhaimi bergambar ramai setelah pembukaan semula DST The Airport Mall.
Awang Suhaimi bergambar ramai setelah pembukaan semula DST The Airport Mall.
Beberapa daripada mereka yang meninjau perubahan baru yang terdapat di cawangan DST The Airport Mall yang lebih selesa dan inovatif.
Beberapa daripada mereka yang meninjau perubahan baru yang terdapat di cawangan DST The Airport Mall yang lebih selesa dan inovatif.

Sementara itu, pengubahsuaian juga akan diteruskan bagi cawangan Yayasan, Tutong, Rimba dan Pusat Akaun Premium Korporat.

Cawangan The Airport Mall yang baru dibuka semula ini menawarkan perkhidmatan pembayaran bil, pendaftaran Prima termasuk pelan kontrak Prima Samsung 4G dan pendaftaran Kristal Astro, pembelian pek permulaan Easi, kad tambah nilai dan Powerkad di samping menawarkan pelan kontrak telefon pintar terbaru iPhone 6 dan iPhone 6s.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi dan produk yang terdapat di DST, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.dst-group.com, atau mengikuti akaun Facebook dan Instagram @dstbn atau menghubungi DSTcare 151.

ARTIKEL YANG SAMA