DST bantu mangsa kebakaran

DST bantu mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Ihsan Kasih’ untuk membuat kebaikan, DST telah menyumbangkan sejumlah $8,400 kepada empat buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kebun dan sebuah keluarga dalam kejadian rumah roboh di Kampung Sungai Matan, baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat DST, Tungku Link, baru-baru ini, dan sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli-ahli jawatankuasa eksekutif DST, pihak pengurusan dan pegawai-pegawai DST.

Menurut kenyataan DST, setiap keluarga berkenaan menerima sebanyak $2,100, manakala itu, lima kanak-kanak yang tersenarai daripada keluarga-keluarga berkenaan menerima $50 atau $100 masing-masing bagi perbelanjaan pendidikan dan/atau keperluan harian.

Sebagai sebahagian daripada program outreach komunitinya, Ihsan Kasih DST bermatlamat untuk membuat sumbangan dalam membuat perbezaan kepada kehidupan orang yang kurang bernasib baik.

Wakil setiap keluarga menerima sumbangan Haji Suhaimi.
Wakil setiap keluarga menerima sumbangan Haji Suhaimi.

p10-2_20160808

DST secara berterusan telah membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas dalam bencana baru-baru ini dan berharap sumbangan yang diberikan oleh DST itu dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa.

 

ARTIKEL YANG SAMA