DST bawa anak yatim lawat Regalia

DST bawa anak yatim lawat Regalia

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Lebih 40 anak yatim di Daerah Temburong bersama penjaga masing-masing, hari ini, dibawa melawat ke Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, sebelum ke Taman Permainan Jerudong, ditaja sepenuhnya DST di bawah Program Ihsan Kasih.

Pengurus Perhubungan Korporat Kumpulan DST, Awang Elixsurian bin Haji Busu berkata ramai kalangan anak-anak yatim di Daerah Temburong tidak berpeluang melawat tempat bersejarah dan taman tema di Jerudong itu.

“Justeru DST ingin mereka turut merasakan kegembiraan dan keseronokan dalam program yang diaturkan khas buat mereka ini,” ujarnya.

Gambar ramai warga DST dan anak-anak yatim di hadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.
Gambar ramai warga DST dan anak-anak yatim di hadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA