DST ceriakan 600 kanak-kanak berkeperluan khas

DST ceriakan 600 kanak-kanak berkeperluan khas

Oleh Normazlina M.D & Hajah Saemah Kepli
Gambar oleh Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & DST

 

TUTONG/BELAIT, 29 Julai – DST terus membawa keceriaan kepada lebih 600 anak-anak berkeperluan khas di Daerah Tutong dan Daerah Belait dalam majlis sambutan Hari Raya yang diadakan di kedua-dua daerah berkenaan menerusi Program Ihsan Kasih mereka, hari ini.

Di Daerah Tutong, DST telah menjemput 350 orang kanak-kanak istimewa bersama keluarga mereka dan kakitangan dari Pusat Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) cawangan Daerah Tutong, Pusat Bahagia dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

Hadir mengetuai rombongan DST pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong, Kampung Serambangun, Tutong, itu ialah Pengurus Besar Kumpulan IT dan Perkhidmatan Kemudahan DST, Derek Wong Tet Leong.

Turut hadir ialah Guru Kanan Pusat Bahagia di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Timong Musing; Tenaga Pengajar dan Ketua Pusat KACA cawangan Daerah Tutong, Hajah Siti Arbi binti Ahmad dan Pegawai dari Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Dr Hajah Norbayah binti Haji Shahminan.

Manakala itu, di Daerah Belait, majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait itu telah dihadiri oleh kanak-kanak dan para pelajar istimewa dari Pusat Bahagia Eric Goh, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Daerah Belait, Persatuan KACA, SMARTER Brunei dan Unit Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan bersama keluarga dan kakitangan pusat-pusat berkenaan.

Derek Wong Tet Leong menyampaikan sampul hijau kepada kanak-kanak berkeperluan khas di Daerah Tutong.
Derek Wong Tet Leong menyampaikan sampul hijau kepada kanak-kanak berkeperluan khas di Daerah Tutong.
Derek Wong Tet Leong dan kakitangan DST bergambar ramai bersama peserta yang hadir dalam me-meriahkan Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST di Daerah Tutong.
Derek Wong Tet Leong dan kakitangan DST bergambar ramai bersama peserta yang hadir dalam me-meriahkan Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST di Daerah Tutong.
Acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST, penyampaian sampul hijau kepada ka-langan kanak-kanak Istimewa dan pelajar-pelajar berkeperluan khas di Daerah Belait.
Acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST, penyampaian sampul hijau kepada ka-langan kanak-kanak Istimewa dan pelajar-pelajar berkeperluan khas di Daerah Belait.

p04-4_20160730

Pelajar-pelajar Istimewa mengajak antara jemputan untuk menari bersama-sama mereka, menam-bahkan lagi suasana kegembiraan pada majlis itu.
Pelajar-pelajar Istimewa mengajak antara jemputan untuk menari bersama-sama mereka, menam-bahkan lagi suasana kegembiraan pada majlis itu.
Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya anjuran DST yang diadakan di Pusat Persidangan Kuala Belait.
Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya anjuran DST yang diadakan di Pusat Persidangan Kuala Belait.
Persembahan daripada pelajar-pelajar berkeperluan khas menambah ceriakan lagi suasana Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST.
Persembahan daripada pelajar-pelajar berkeperluan khas menambah ceriakan lagi suasana Sambutan Hari Raya Ihsan Kasih DST.

Mengetuai majlis di daerah berkenaan ialah Penolong Pengurus Am, Kumpulan Pengurusan Kemudahan DST, Hajah Fa’ikah binti Ahmad.

Hadir sama ialah wakil dari Persatuan KACA, Awang bin Haji Ramli; Pengurus Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar; Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman, dan Pegawai Pendidikan bagi Perkhidmatan Pendengaran Terjejas Kementerian Pendidikan, Awang Aziz Assan.

Majlis di kedua-dua daerah telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan bukan sahaja oleh kakitangan DST yang mendendangkan lagu-lagu raya, malah pelajar-pelajar istimewa turut membuat persembahan.

Kemuncak majlis ialah penyampaian paket hijau kepada kanak-kanak Istimewa disampaikan bersama oleh ketua-ketua majlis dan pegawai-pegawai lainnya.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) DST yang antara lain bertujuan untuk berkongsi keceriaan Hari Raya dan menunjukkan rasa keprihatinan serta kasih sayang kepada masyarakat yang berkeperluan khas.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara kakitangan syarikat itu bersama ibu bapa dan kanak-kanak istimewa yang mewakili pusat-pusat berkenaan.

Majlis seumpamanya akan diteruskan lagi di Daerah Brunei dan Muara pada minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA