DST ceriakan kanak-kanak istimewa di Temburong & Tutong

DST ceriakan kanak-kanak istimewa di Temburong & Tutong

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – DST meneruskan lagi program Ihsan Kasih dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama 400 kanak-kanak istimewa dari Daerah Tutong dan Temburong, yang diadakan secara berasingan di kedua-dua daerah, hari ini.

Di Daerah Temburong majlis berlangsung di Kompleks Bumiputera, Pekan Bangar, dan di Daerah Tutong, ia diadakan di Dewan Kemasyarakatan daerah berkenaan.

Ihsan Kasih kali ini menjemput kanak-kanak, keluarga dan kakitangan KACA, Pusat Bahagia dan Unit Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan.

Kumpulan Ihsan Kasih DST di Daerah Tutong dipimpin oleh Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan IT DST, Awang Amir bin Pehin Dato Haji Hussin.

Manakala di Daerah Temburong, kumpulan Ihsan Kasih dipimpin oleh Penolong Pengurus Besar Pengurus Fasiliti DST, Hajah Fa’ikah binti Ahmad.

Hajah Fa’ikah bergambar ramai bersama kanak-kanak istimewa di Daerah Temburong.
Hajah Fa’ikah bergambar ramai bersama kanak-kanak istimewa di Daerah Temburong.
Hajah Fa’ikah menyampaikan sampul hijau kepada anak-anak istimewa yang diraikan.
Hajah Fa’ikah menyampaikan sampul hijau kepada anak-anak istimewa yang diraikan.

pg05_150801_d

Acara kemuncak dalam program berkenaan ialah penyampaian sampul hijau dan beg hadiah daripada DST yang disempurnakan oleh warga pengurusan kanan DST kepada kanak-kanak bersama pengawas mereka.

Selain itu, kanak-kanak istimewa berkenaan turut dihiburkan dengan pelbagai permainan dan interaksi bersama maskot.

ARTIKEL YANG SAMA