DST Gadong berwajah baru

DST Gadong berwajah baru

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Setelah kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan bermula Mei lalu, DST Cawangan Gadong dibuka semula secara rasmi hari ini, dengan menampilkan konsep reka bentuk dan struktur yang menggambarkan keunikan identiti jenama DST.

Perasmian semula cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail, dan turut dihadiri oleh jemputan khas, warga pengurusan kanan serta kakitangan DST.

Pembukaan semula cawangan ini menandakan satu siri pengubahsuaian berterusan ke atas perkhidmatan pelanggannya untuk menyelaraskan, mengintegrasikan dan menyatukan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DST bagi para pelanggannya di bawah satu bumbung.

Menurut kenyataan DST, sempena dengan pembukaan semula cawangan Gadong itu, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di cawangan tersebut berpeluang mendapatkan promosi dan ganjaran berupa penambahan data tempatan atau mendapat cenderahati percuma DST.

Ruang dalam Cawangan Gadong yang telah diubah suai.
Ruang dalam Cawangan Gadong yang telah diubah suai.

pg05_150811_c

Haji Marsad bergambar ramai dengan warga pengurusan kanan dan kakitangan DST semasa perasmian semula DST cawangan Gadong yang baru diubah suai.
Haji Marsad bergambar ramai dengan warga pengurusan kanan dan kakitangan DST semasa perasmian semula DST cawangan Gadong yang baru diubah suai.

Tawaran tersebut hanya didapati di cawangan Gadong bermula hari ini hingga 25 Ogos.

Cawangan Gadong ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 9 pagi hingga empat petang sementara pada hari Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi dan disambung semula pada pukul 2.30 petang hingga 4 petang.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi dan produk yang terdapat di DST, sila layari laman web rasmi DST di www.dst-group.com atau ikuti Facebook rasmi DST dan Instagram @dstbn atau menghubungi talian 151.

ARTIKEL YANG SAMA