DST hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

DST hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ihsan Kasih untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di Negara Brunei Darusslaam, DST telah menghulurkan bantuan wang tunai berjumlah $6,950 keseluruhannya kepada tiga buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Burong Pingai Ayer, Kampung Tungku dan Kampung Lorong Dalam.

Penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat DST, Tungku Link, di mana sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain.

Menurut kenyataan DST, setiap ketua keluarga menerima wang tunai $2,000, manakala itu, 16 orang kanak-kanak yang tersenarai daripada keluarga-keluarga berkenaan menerima $50 atau $100 setiap seorang bagi perbelanjaan pendidikan atau keperluan seharian.

Awang Suhaimi ketika menyampaikan sumbangan derma kepada beberapa orang mangsa kebakaran.
Awang Suhaimi ketika menyampaikan sumbangan derma kepada beberapa orang mangsa kebakaran.

pg08_161126_b

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli-ahli jawatankuasa eksekutif DST, pihak pengurusan dan pegawai-pegawai DST.

Menurut kenyataan itu, sebagai sebahagian daripada outreach komunitinya, Ihsan Kasih dihasratkan untuk membuat sumbangan demi membuat perbezaan kepada kehidupan orang yang kurang berkemampuan.

DST secara berterusan telah membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat bencana dan bantuan yang diberikan itu diharap akan mengurangkan beban yang dihadapi oleh mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA