DST lancar iPhone 6s, iPhone 6s Plus

DST lancar iPhone 6s, iPhone 6s Plus

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – DST telah melancarkan telefon pintar Apple terbaru, iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus untuk pasaran negara ini, pada majlis yang berlangsung di Dewan Indera Kayangan , The Empire Hotel & Country Club, hari ini.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain.

Dua model baru ini merupakan pengganti kepada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang dilancarkan tahun lalu, dengan ciri-ciri dalaman yang lebih hebat.

Kini, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus didatangkan dengan teknologi skrin paparan Force-Touch, kamera lebih baik dan cip pemproses Apple terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif DST merasmikan Apple iPhone 6s di majlis itu.
Ketua Pegawai Eksekutif DST merasmikan Apple iPhone 6s di majlis itu.
Antara warga DST yang memberikan penerangan mengenai telefon pintar keluaran terbaru Apple itu.
Antara warga DST yang memberikan penerangan mengenai telefon pintar keluaran terbaru Apple itu.

Dengan pelancaran ini, DST turut memperkenalkan pakej-pakej langganan bulanan bagi pelanggan prima serendah $340 sebagai wang pendahuluan untuk iPhone 6s 16GB dan bayaran $85 sebulan bagi kontrak tempoh dua tahun.

Selain itu, DST turut menawarkan pakej pelan lain, selaras dengan kehendak pelanggan mengikut terma dan syarat.

Pengguna iPhone terbaru ini boleh memperkayakan pengalaman mereka dengan liputan meluas LTE 4G DST yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi tanpa wayar sama ada ketika melayari, memuat turun dan melayari kandungan internet pada kelajuan tinggi.

Kedua-dua model ini boleh diperolehi bermula esok di kesemua cawangan DST kecuali di Giant Rimba.