DST lancar ruang korporat, premium

DST lancar ruang korporat, premium

Oleh Rafidah Jumat & Sim YH

Gambar oleh Sim YH

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – DST kini menawarkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang eksklusif, unik dan selesa kepada pelanggan korporat dan premium dengan melancarkan ruang menunggu baru di Pejabat DST Airport Mall, Berakas, hari ini.

Perasmian ruang menunggu korporat dan premium DST yang bersifat santai di Tingkat Satu cawangan DST, Airport Mall itu disempurnakan oleh ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Lattif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat.

Ruang menunggu itu hanya menempatkan dua kaunter di mana pelanggan korporat dan premium boleh beristirahat terlebih dahulu sementara menunggu giliran mereka.

Awang Abdul Latiff dan pihak pengurusan DST bergambar ramai di ruang korporat dan premium yang baru dilancarkan itu.
Awang Abdul Latiff dan pihak pengurusan DST bergambar ramai di ruang korporat dan premium yang baru dilancarkan itu.
Pegawai dan kakitangan DST turut bergambar ramai di Ruang Korporat dan Premium DST.
Pegawai dan kakitangan DST turut bergambar ramai di Ruang Korporat dan Premium DST.

Malah, DST turut menyediakan kakitangan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi untuk membantu pelanggannya yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ruang menunggu itu hanya dibukakan kepada pelanggan korporat dan premium DST pada Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 4 petang manakala Jumaat akan ditutup sementara pada jam 11 pagi hingga 2 petang.

Kemudahan eksklusif, antara yang terdapat di ruang Korporat dan Premium DST yang baru dilancarkan itu.
Kemudahan eksklusif, antara yang terdapat di ruang Korporat dan Premium DST yang baru dilancarkan itu.

ARTIKEL YANG SAMA