DST rai 1,400 kanak-kanak istimewa

DST rai 1,400 kanak-kanak istimewa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Hampir 1,400 kanak-kanak istimewa di Daerah Brunei dan Muara telah diraikan menerusi Program Ihsan Kasih DST di Majlis Sambutan Hari Raya yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Hajah Noridah binti Haji Abdul Hamid; Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan, Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman; Presiden SMATER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman; dan Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad.

Majlis itu diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada persatuan kanak-kanak istimewa di daerah ini dan juga penampilan maskot-maskot serta pemberian sampul hijau.

Awang Suhaimi ketika menyerahkan paket hijau kepada salah seorang individu berkeperluan khas sebagai sebahagian daripada sumbangan DST.
Awang Suhaimi ketika menyerahkan paket hijau kepada salah seorang individu berkeperluan khas sebagai sebahagian daripada sumbangan DST.
Antara salah satu persembahan yang menghiburkan di majlis itu.
Antara salah satu persembahan yang menghiburkan di majlis itu.

pg10_150822_b

Para jemputan turut berkesempatan bergambar bersama maskot-maskot animasi.
Para jemputan turut berkesempatan bergambar bersama maskot-maskot animasi.

pg10_150822_e

Pengerusi majlis bagi Daerah Brunei dan Muara itu, Haji Mohd Azmi Al-Amir bin Haji Ghazali, dalam kenyataan yang diberikan, menjelaskan, dalam bulan Syawal yang telah berlalu pihak mereka telah membawa kegembiraan dengan mengadakan Sambutan Hari Raya bersama lebih 2,000 kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negara.

Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, katanya, DST telah berpeluang untuk mengeratkan lagi tali silaturahim bersama kanak-kanak istimewa di negara ini di samping untuk memupuk persefahaman yang lebih baik bersama mereka.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Kumpulan Korporat Komunikasi, Radin Sufri Radin Basiuni, berkata DST akan sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama sekali kanak-kanak istimewa di negara ini. Ihsan Kasih merupakan salah satu usaha DST untuk menghulurkan bantuan dari segi memberikan impak positif di dalam kehidupan mereka seharian.

ARTIKEL YANG SAMA