DST rai ulang tahun ke-21

DST rai ulang tahun ke-21

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Bersempena ulang tahunnya yang ke-21, DST telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan di kesemua cawangan DST dan DST Incomm di keempat-empat daerah sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan sokongan pelanggan.

Mengetuai acara di cawangan DST Gadong ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain, manakala itu, warga pengurusan DST lain hadir untuk mengalu-alukan pelanggan di cawangan-cawangan lain.

Menurut kenyataan DST, semasa acara itu, semua pelanggan diberikan hadiah malah berpeluang untuk menyertai cabutan segera bagi mana-mana transaksi DST dan Kristal Astro dengan perbelanjaan $40 ke atas bagi setiap transaksi dalam satu resit.

Selain itu, DST turut menyediakan tawaran hebat termasuk tukar atau mendaftar kepada kad SIM 4G secara percuma (sehingga 31 Disember 2016) sementara itu, pelanggan Prima diberi ganjaran rebat kredit $20 dan data tempatan 20GB apabila mereka mendaftar bagi mana-mana pelan prima 4G.

Pelanggan baru dan sedia ada Kristal Astro juga diberikan tawaran eksklusif bagi ‘HD Zapper set top box’ Kristal Astro yang baru pada harga menarik di samping pilihan pakej perkhidmatan nilai tambah percuma dan hadiah-hadiah percuma yang menarik.

Haji Suhaimi ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelanggan DST.
Haji Suhaimi ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelanggan DST.
Pelanggan muda yang bertuah.
Pelanggan muda yang bertuah.

Manakala itu, DST Incomm pula menawarkan aksesori premium Samsung secara percuma bagi pembelian mana-mana telefon Samsung.

ARTIKEL YANG SAMA