DST tawar iPhone SE

DST tawar iPhone SE

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Bermula hari ini, DST menawarkan iPhone SE iaitu telefon pintar paling berkuasa dengan paparan empat inci di kesemua cawangan DST kecuali Rimba, Temburong dan DST Incomm.

DST dalam kenyataannya, hari ini, memberitahu bahawa mereka akan menawarkan iPhone SE dengan pelan pakej bagi pasca bayar Prima dan prabayar Easi.

Ia boleh diperolehi bagi pelan kontrak $55 Prima dengan pendahuluan $300, manakala itu, pelanggan Easi baru boleh membeli iPhone SE pada harga $818 dan akan didatangkan dengan pakej Pek Permulaan Easi 4G bernilai $30 dan tambah nilai Easi 4G bernilai $20.

Pelanggan sedia ada Easi hanya perlu membayar $818 dan mereka akan menerima naik taraf kad SIM 4G secara percuma dan tambah nilai Easi 4G bernilai $40 sebagai sebahagian daripada pakej tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA