DST terima kunjungan Sekolah Perdagangan

DST terima kunjungan Sekolah Perdagangan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Seramai 39 orang pelajar Kursus Sijil Pendidikan Tinggi Kebangsaan Teknikal (HNTec) dalam Pentadbiran Pejabat 01 dan 03, Sekolah Perdagangan, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat DST, Tungku Link.

Rombongan pelajar berkenaan dialu-alukan oleh Penolong Pengurus Besar DST, Kumpulan Keselamatan dan Kesihatan (GSH), Radin Sufri.

Lawatan ke Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), DST itu adalah bagi mengetahui pelan pencegahan praktikal DST dalam melindungi rakyat, orang awam, harta benda dan persekitaran di tempat kerja atau kehidupan.

Dalam lawatan itu, rombongan berpeluang mendengar taklimat mengenai kepentingan HSSE yang dikehendaki oleh undang-undang yang disampaikan oleh Pengurus GSH, Dennis Kong dan Pegawai GSH, Yamin Taha.

Rombongan pelajar bergambar ramai di Ibu Pejabat DST, Tungku Link.
Rombongan pelajar bergambar ramai di Ibu Pejabat DST, Tungku Link.

Di Brunei, kebanyakan syarikat terutamanya yang mempunyai operasi perniagaan berisiko tinggi mempunyai HSSE mereka sendiri kerana ia amat diperlukan dalam undang-undang di samping memastikan mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

Menerusi lawatan tersebut, rombongan berkenaan berpeluang menimba pengetahuan seterusnya melihat lebih dekat lagi HSSE dalam pembelajaran untuk digunakan di sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA