DST terus sumbang perkhidmatan terbaik

DST terus sumbang perkhidmatan terbaik

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Walaupun DST sudah mencapai usia 21 tahun, namun ia terus menjadi sebuah syarikat perintis dalam bidang komunikasi mudah alih (mobile) serta terus komited untuk meneroka kemungkinan yang berpotensi selaras dengan slogan penjenamaan semula identiti DST, The Future.Now dan berwawasan untuk menyediakan rumusan-rumusan bagi memajukan kehidupan orang Brunei.

Di samping itu, DST akan sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan inovatif yang berterusan kepada pelanggan-pelanggan yang amat dihargai, jelas Ketua Kumpulan Pemasaran DST, Dayang Dona Eldeyana binti Johan semasa Perasmian Jelajah Daerah (District Tour) DST yang berlangsung di Giant Hypermart, Rimba, hari ini.

Hadir pada majlis berkenaan untuk merasmikan acara itu ialah ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin POKSS DP Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail, pihak pengurusan dan kakitangan DST.

Dayang Dona Eldeyana menyatakan, DST terus memainkan peranannya dalam memperkasakan generasi pemimpin Brunei yang baru ke arah membentuk masa depan Brunei menerusi komitmennya dalam inovasi serta menerokai pelbagai kemungkinan. Beliau turut mengongsi mengenai pencapaian mercu tanda penting dalam DST, “Pada tahun 2013, DST menjadi pembekal perkhidmatan yang pertama dan satu-satunya untuk menawarkan perkhidmatan 4G!

Awang Abdul Latiff memotong reben merasmikan DST District Tour.
Awang Abdul Latiff memotong reben merasmikan DST District Tour.
Awang Abdul Latiff semasa melihat lebih dekat pameran pelbagai tawaran istimewa pada DST District Tour yang berlangsung di Giant Hypermart.
Awang Abdul Latiff semasa melihat lebih dekat pameran pelbagai tawaran istimewa pada DST District Tour yang berlangsung di Giant Hypermart.

“Setahun kemudian, DST melancarkan aplikasi DST MBB, yang membolehkan pengguna untuk membeli pakej data tambahan. Sekali lagi, DST adalah yang pertama dan satu-satunya menyediakan inovasi ini.”

Selaras dengan usaha untuk terus menawarkan rumusan dan perkhidmatan yang inovatif, jelas Dayang Dona Eldeyana, pada 2015, DST melancarkan perkhidmatan DST Prima Data roaming add-on yang membolehkan pelanggan-pelanggan PRIMA melayari Internet di luar negara mengikut pengendali yang terpilih.

“Dengan pencapaian di atas, dan Insya Allah yang di dalam perancangan, telah membuktikan DST komited dan akan terus berusaha untuk melaraskan wawasan The Future.Now.”

Majlis menyaksikan Awang Abdul Latiff memotong reben bagi merasmikan acara berkenaan dan juga memotong Kek Ulang Tahun Penubuhan DST ke-21 tahun, sebelum dibawa dan diberikan penerangan mengenai pelbagai pameran serta tawaran istimewa oleh DST semasa acara selama tiga hari yang bermula hari ini hingga 3 April nanti.

Acara Jelajah Daerah (District Tour) 2016 merupakan salah satu strategi bagi mengukuhkan lagi penyelarasan wawasan The Future.Now dan juga sebagai acara untuk merayakan pelanggan-pelanggan setia DST.

DST District Tour merupakan acara tahunan DST yang akan diadakan di keempat-empat daerah pada tarikh yang ditetapkan sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan DST di atas sokongan dan kesetiaan mereka.

Sepanjang acara itu, pelbagai tawaran dan promosi istimewa serta menarik menanti para pelanggan DST termasuk promosi “Ole-ole! Bola! 4G!”, selain daripada itu, acara-acara menarik seperti cabutan bertuah, permainan pentas, penampilan khas maskot terkenal dan aktiviti yang menyeronokkan penuh dengan hadiah-hadiah menarik menanti para pengunjung ke acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA