DSTIncomm umum penggantian Note 7

DSTIncomm umum penggantian Note 7

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Pelanggan-pelanggan DSTIncomm yang telah membeli Samsung Galaxy Note 7 diminta datang mendapatkan gantian Galaxy Note 7 mereka di DSTIncomm Samsung Experience Store, di Gadong.

Ini adalah susulan pengumuman global Samsung pada 3 September lalu untuk menarik balik semua Samsung Galaxy Note 7 kerana isu sel bateri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DST di sini, program penggantian bagi Samsung Galaxy Note 7 akan diadakan mulai hari ini hingga 9 Oktober ini.

Pelanggan-pelanggan DSTIncomm boleh mengambil telefon gantian mereka pada waktu operasi kedai dari pukul 9 pagi hingga 8:30 malam dan pada hari Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 11:45 pagi dan disambung semula dari pukul 2:15 petang hingga 8:30 malam kecuali waktu cuti awam.

Mereka juga dinasihatkan untuk membawa set lengkap berserta dengan kad jaminan DSTIncomm dan resit rasmi. Di samping itu, tempoh jaminan itu akan di lanjutkan dari tarikh pertukaran untuk tempoh satu tahun.

Pelanggan yang mahu mendapatkan keterangan lanjut mengenai program penggantian itu, boleh menghubungi talian 8859898 pada waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA