D’Sunlit sokong pembangunan sumber manusia negara

D’Sunlit sokong pembangunan sumber manusia negara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, D’Sunlit Sendirian Berhad menaja seorang warga tempatan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat sarjana muda.

Sehubungan itu, majlis penandatangan perjanjian di antara D’Sunlit yang diwakili oleh Penasihat D’Sunlit Sdn Bhd, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit dan penerima biasiswa, Dayang Norasnina binti Haji Remli telah diadakan semalam di pejabat D’Sunlit, di Kampung Beribi.

Dayang Norasnina yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, tidak dapat meneruskan pembelajaran beliau oleh kerana masalah kewangan.

Dengan penandatanganan biasiswa berkenaan, selepas menamatkan pembelajaran Dayang Norasnina secara automatik akan bekerja dengan D’Sunlit Sdn Bhd selama tiga tahun sebagai tempoh ikatan antara syarikat berkenaan bersama beliau.

Dayang Norasnina semasa menerima perjanjian daripada Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.
Dayang Norasnina semasa menerima perjanjian daripada Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

Tajaan biasiswa syarikat adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia di Brunei Darussalam di samping tanggungjawab sosial korporat syarikat D’Sunlit Sdn Bhd.

D’Sunlit berharap, lebih banyak syarikat tempatan akan menawarkan peluang yang sama kepada warga tempatan untuk meneruskan pembelajaran mereka, dan sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk membangunkan sumber tenaga manusia dan membantu membangun negara.

ARTIKEL YANG SAMA