Dua anggota polis cedera letupan di Hungary

Dua anggota polis cedera letupan di Hungary

BUDAPEST, 25 Sept – Satu letupan besar ‘yang tidak diketahui puncanya’ menggegarkan bangunan di pusat bandar Budapest lewat kelmarin, mencederakan dua pegawai polis yang melalui kawasan tersebut, kata pihak berkuasa.

Letupan itu berlaku pada jam 10:30 malam waktu tempatan (2030 GMT) di premis perniagaan di ruangan bawah tanah sebuah bangunan pada persimpangan utama, kata polis dalam satu kenyataan hari ini.

Dua pegawai polis yang sedang meronda cedera dan dibawa ke hospital, kata kenyataan itu di laman web polis.

Letupan, yang didengar di seluruh sebahagian besar ibu negara Hungary, mengegarkan tingkap dan merosakkan dinding bangunan.

Pegawai polis Hungary ketika melakukan siasatan selepas letupan yang tidak diketahui asalnya telah mencederakan dua pegawai polis di Budapest kelmarin. - AFP
Pegawai polis Hungary ketika melakukan siasatan selepas letupan yang tidak diketahui asalnya telah mencederakan dua pegawai polis di Budapest kelmarin. – AFP

Saksi memberitahu media bahawa bangunan bergegar akibat letupan itu dan orang ramai dilihat berjalan keluar dalam keadaan panik.

Kawasan sekitarnya telah dikepung dan bangunan ditutup.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca letupan itu.

Agensi penyelamat Hungary berkata tiada kebakaran yang berlaku disebabkan oleh letupan.

Bangunan Akademi Muzik Liszt yang berdekatan dengan kejadian letupan itu juga telah ditutup, menurut media tempatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA