Dua angkasawan China kembali ke Bumi

Dua angkasawan China kembali ke Bumi

BEIJING, 18 Nov – Kapal angkasa lepas China Shenzhou-11 kembali ke Bumi hari ini, membawa pulang dua angkasawan daripada misi orbit paling lama dalam satu peristiwa penting untuk cita-citanya yang melambung tinggi.

Syarikat penyiaran negeri China CCTV menunjukkan pemisahan kapsul yang pulang dari makmal angkasa lepas Tianggong-2 393 kilometer di atas bumi, dan penurunannya menerusi atmosfera ke tempat pendaratan di padang rumput Inner Mongolia.

Selepas ia mendarat, kakitangan darat bergegas untuk menanam dua bendera merah di sebelah kapsul sementara pemerhati memberikan tepukan kepada misi kawalan China.

CCTV tidak menunjukkan angkasawan yang muncul, tetapi berkata mereka telahpun dibawa ke pusat angkasa lepas oleh helikopter, dan agensi berita Xinhua berkata mereka berada dalam keadaan baik.

Ketua komander program angkasa lepas Zhang Youxia mengumumkan misi merupakan satu ‘kejayaan besar’.

Kemasukan semula modul kapal angkasa lepas Shenzhou-11 di Rantau Autonomi Inner Mongolia, utara China. Dua angkasawan yang berjaya menamatkan misi kembali dengan selamat ke Bumi petang Jumaat. – Xinhua
Kemasukan semula modul kapal angkasa lepas Shenzhou-11 di Rantau Autonomi Inner Mongolia, utara China. Dua angkasawan yang berjaya menamatkan misi kembali dengan selamat ke Bumi petang Jumaat. – Xinhua

Jing Haipeng dan Chen Dong menghabiskan misi 33 hari mengelilingi bumi dengan menjalankan uji kaji termasuk menternak ulat sutera, menanam pokok salad dan menguji aktiviti otak.

Makmal angkasa lepas Tiangong-2, dilancarkan pada September, juga sedang menjalani uji kaji ke atas penanaman padi dan ‘thale cress’.

Beijing sedang mencurah berbilion dolar dalam program angkasa lepas dalam usahanya untuk menyaingi AS dan Eropah.

Ia mengumumkan pada April bahawa ia bercita-cita menghantar sebuah kapal angkasa lepas ‘sekitar tahun 2020’ untuk mengelilingi Marikh, seterusnya mendarat dan menghantar kapal perayau untuk meninjau permukaan Planet Merah itu. – AFP