Dua atlet bina badan negara berlepas ke M’sia

Dua atlet bina badan negara berlepas ke M’sia

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Dua orang atlet bina badan dari Negara Brunei Darussalam kini berada di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Pertandingan Mr Sexy 2016 yang berlangsung hari ini, 2 Oktober 2016.

Mereka ialah Awang Khairol Azrin bin Abdul Rahman dan Awang Abdul Rahim bin Haji Taib yang kedua-duanya merupakan pelatih dari Pat Evolution Gym. Turut mengiringi mereka ke Kuala Lumpur ialah Jurulatih Pat Evolution Gym, Awang Samad bin Asgar selaku pengurus.

Awang Khairol Azrin yang pernah menduduki tempat keempat dalam Pertandingan Mr Fizik di Miri, Sarawak, Malaysia menyertai kategori ketinggian Bawah 170 sentimeter.

Sementara “Juara Subok” dua tahun berturut-turut (2014 dan 2015), Awang Abdul Rahim ikut serta dalam kategori ketinggian Atas 170 sentimeter.

Samad (tengah) bersama Abdul Rahim (kanan) dan Khairol Azrin sebelum berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia bagi menyertai Pertandingan Mr Sexy.
Samad (tengah) bersama Abdul Rahim (kanan) dan Khairol Azrin sebelum berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia bagi menyertai Pertandingan Mr Sexy.

Ketika ditemu bual Media Permata, Awang Samad menyatakan kedua-dua atlet berkenaan telah sering menyertai pertandingan bina badan di dalam dan luar negara.

Menurutnya kedua-dua atlet itu berbakat besar dalam sukan bina badan, maka penyertaan ke luar negara akan dapat membantu memberikan mereka pendedahan penting ke arah memajukan lagi bakat kemahiran serta mempertingkat keyakinan diri mereka.Hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin bagi mengucapkan selamat belayar dan berjaya kepada mereka ialah keluarga masing-masing dan rakan-rakan pelatih serta jurulatih dari Pat Evolution Gym.