Dua atlet Kenya gagal ujian doping

Dua atlet Kenya gagal ujian doping

BEIJING, 27 Ogos (AFP) – Dua atlet Kenya telah gagal ujian dadah pra-pertandingan pada kejohanan dunia di Beijing dan telah digantung buat sementara, IAAF mengumumkan semalam.

Koki Manunga dan Joyce Zakary telah menerima penggantungan sementara berikutan sampel positif yang disediakan di Beijing masing-masing pada 20 dan 21 Ogos,” IAAF berkata dalam satu kenyataan.

Badan dunia yang mengawal acara padang dan balapan itu berkata, pasangan Kenya itu telah diuji di hotel atlet sebelum pertandingan bermula sebagai sebahagian daripada ujian sasaran.

Zakary mencatatkan rekod kebangsaan 50.71saat pada pusingan pertama acara 400m wanita di Stadium Sarang Burung Isnin lalu tetapi tidak beraksi dalam separuh akhir kelmarin walaupun beliau layak.

Pemenangn pingat perak Afrika, Manunga, bagaimanapun gagal melepasi pusingan pertama 400m lari berpagar Ahad lalu selepas mencatat masa 58.96saat untuk selesai pada kedudukan 35 daripada 37 atlet yang bersaing.

Joyce Zakary semasa menyertai saringan 400m wanita di Beijing, 24 Ogos lalu. – Reuters
Joyce Zakary semasa menyertai saringan 400m wanita di Beijing, 24 Ogos lalu. – Reuters

“Ia memalukan mereka,” kata rakan sepasukan Kenya Julius Yego yang memenangi pingat emas dalam acara rejam lembing lelaki dengan lontaran 92.72 meter pada pusingan ketiga untuk rejaman paling jauh dalam tempoh 14 tahun.

“Dalam sukan anda perlu menang bersih, jadi ini adalah memalukan mereka. Saya tidak boleh membuat sebarang ulasan lanjut mengenai perkara ini.”

Hyvin Kiyeng Jepkemoi, yang meramalkan pelumba Tunisia, Habiba Ghribi sebagai pilihan untuk menjuarai acara 3000m lari berhalangan wanita sejurus selepas Yego mencatatkan kejayaan juga melahirkan rasa kecewa terhadap ujian itu.

“Saya fikir itu satu perkara individu, bukan semua orang,” kata Jepkemoi. “Saya benar-benar terkejut. Saya tahu saya bersih tetapi saya tidak gembira dengan perkara ini.” Persatuan Olahraga Kenya mengesahkan mereka telah dimaklumkan oleh IAAF tentang ujian positif Koki Manunga dan Joyce Zakary”.