Dua bank Abu Dhabi bergabung menjadi pemberi pinjaman terbesar

Dua bank Abu Dhabi bergabung menjadi pemberi pinjaman terbesar

ABU DHABI, 3 Julai – Dua bank berpangkalan di Abu Dhabi telah bersetuju untuk bergabung bagi mewujudkan pemberi pinjaman terbesar tunggal di Timur Tengah dan Afrika Utara, menurut kenyataan hari ini.

Lembaga Bank Nasional Abu Dhabi (NBAD) dan Bank Teluk Pertama (FGB) mengundi sebulat suara bagi gabungan itu, yang akan mewujudkan satu pemberi pinjaman dengan aset bernilai AS$175 bilion, menurut bank-bank tersebut dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam bursa Abu Dhabi.

Gabungan itu – yang dijangka akan bermula pada suku pertama 2017 – masih memerlukan persetujuan daripada perhimpunan agung kedua-dua buah bank, menurut kenyataan.

Bank baru itu akan menjadi institusi kewangan pemberi pinjaman di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan 26 peratus saham daripada pinjaman yang belum dijelaskan, ujarnya.

Ia akan menggabungkan permodalan pasaran sekitar AS$29.1 bilion dan pejabatnya di 19 buah negara, katanya.

“Gabungan yang diusulkan itu akan mewujudkan sebuah bank dengan kewangan yang kukuh, kemahiran dan rangkaian global bagi menyokong hasrat ekonomi UAE,” menurut kenyataan tersebut.

Kerajaan Abu Dhabi yang kaya minyak – salah satu daripada tujuh negara emiriah yang menubuhkan UAE – akan memiliki 37 peratus saham dalam bank baru itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA