Dua belas maut banjir kilat di Pakistan

Dua belas maut banjir kilat di Pakistan

ISLAMABAD, 21 Julai – Enam ahli satu keluarga adalah antara satu dozen orang yang terbunuh akibat banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan monsun lebat di seluruh Pakistan, menurut pegawai semalam, mengingatkan lebih banyak hujan petir akan berlaku pada hari-hari akan datang.

Air deras menuruni cerun di Lembah Himalaya di Kashmir, menghanyutkan sebuah kereta yang dinaiki oleh keluarga dan membunuh suami, isteri dan dua anak dan dua saudara lain, kata pegawai polis, Mohamed Naveed.

Air deras menghanyutkan sebuah rumah di daerah Chitral di wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa, membunuh tiga orang, kata Menteri Penerangan wilayah, Mushtaq Ghani.

Dalam kejadian berasingan, tiga kanak-kanak terbunuh apabila bumbung sebuah rumah roboh selepas hujan lebat di barat daya wilayah Balochistan, kata jurucakap kerajaan wilayah Jan Buledi.

Tentera dan agensi menyelamat orang awam sedang mengambil langkah berjaga-jaga, kata Reema Zuberi, jurucakap untuk jabatan bencana negara.

Hampir 400 orang terkorban dan tanaman di beribu-ribu ekar tanah dimusnahkan akibat banjir pada tahun lalu ketika monsun, musim hujan yang bermula dari pertengahan Julai dan berlangsung sehingga pertengahan Ogos.

Pada 2010, banjir membunuh 1,200 orang dan menyebabkan satu perlima daripada 180 juta penduduk kehilangan tempat tinggal mereka.

Tersepit di antara China dan India, Pakistan mudah terdedah kepada perubahan dalam pola cuaca disebabkan pemanasan global, kata pakar, mengingatkan kesan yang lebih teruk pada masa depan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA