Dua belia dihadap ke mahkamah

Dua belia dihadap ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Dua lelaki tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas dua pertuduhan mencuri.

Muhammad Najidi Nasrullah bin Mohd Jidi, 21, dan Muhammad Ali Nur Hamdillah bin Junia’an, 18, didakwa mencuri telefon bimbit, televisyen Samsung, pembesar suara mudah alih dan gitar di sebuah Berek Logi, Seria sekitar September antara jam 8 hingga 10 malam. Kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22 ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Untuk pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh juga berdepan kesalahan mencuri sistem litar kamera tertutup di Bangunan Jaisa, Pandan 5 pada 11 Ogos kira-kira jam 2:30 pagi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman menangguhkan sebutan kes sehingga 19 Oktober bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan, dan memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Penjara Jerudong jika gagal mendapatkan ikat jamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

pg06_151013_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA