Dua belon terlanggar talian elektrik

Dua belon terlanggar talian elektrik

ALBUQUERQUE, N.M, 4 Okt – Angin kencang mencetuskan para pegawai pesta belon Albuquerque untuk menangguhkan penerbangan kelmarin, sehari selepas dua belon melanggar talian tenaga, mengakibatkan letupan dan memutuskan bekalan elektrik kepada ratusan penduduk.

Letupan dan putus bekalan itu berlaku apabila belon bertema makhluk asing ‘Outlander’ melanggar talian tenaga pada Ahad dan memutuskan bekalan elektrik kira-kira 1,200 penduduk.

Kru bersama Syarikat Perkhidmatan Awam New Mexico terpaksa memotong gondola dari belon untuk menyelamatkan pilot dan para penumpangnya.

“Saya fikir ia akan terbakar, namun tidak. Syukur,” menurut saksi Allen Escobar kepada KOB-TV di Albuquerque.

Gambar-gambar dan video nahas itu disiarkan dalam media sosial menunjukkan belon tergantung dari talian utiliti ketika kru berusaha untuk menanggalkannya.

Tidak ada yang cedera. Hanya kerosakan pada belon, kata para pegawai. Manakala belon lain mendarat di talian tenaga di selatan.

Jurucakap Pesta Belon, Tom Garrity berkata seorang penumpang perempuan mengalami kecederaan ringan selepas gondola itu mendarat.

Dia diberikan rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital, ujarnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA