Dua beradik dijatuhi penjara 12 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dua adik-beradik yang melakukan curi, masing-masing dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohammad Yakop bin Zaini, 31 dan Mohammad Nazrie bin Zaini, 19, mengaku bersalah mencuri dua gelang emas, cincin emas, rantai emas dan pemain DVD dari sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri sekitar September 2017.

Tertuduh menjual kesemua barang yang dicuri itu pada harga $600 dan menggunakan wang jualan itu untuk kegunaan mereka.