Dua beradik pilih Islam jadi pegangan hidup

Dua beradik pilih Islam jadi pegangan hidup

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Sept – Dua beradik remaja berbangsa Iban telah mendapat hidayah dan melapaskan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, di sini.

Dengan pengislaman berkenaan, Lina anak Jelan, 15, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Siti Haslina binti Abdullah Jelan dan adiknya, Linda anak Jelan, 13, telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Siti Haslinda binti Abdullah Jelan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan majlis pengislaman tersebut ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu, yang juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada kedua-dua saudara baru yang diraikan.

Kedua-dua saudara baru yang berasal dari Kampung Malayan Labi, Ulu Belait dan masih menuntut di sekolah menengah itu, sebelum ini tiada menganut apa-apa agama, dan tertarik kepada Islam setelah lama menyimpan hasrat, selain banyak bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam.

Dua beradik bangsa Iban, memeluk agama Islam, di Unit Dakwah Daerah Belait.
Dua beradik bangsa Iban, memeluk agama Islam, di Unit Dakwah Daerah Belait.

Setakat ini Unit Dakwah Daerah Belait, telah mencatatkan seramai 79 orang saudara baru, yang telah memeluk agama Islam sejak awal Januari hingga 31 Ogos lalu, sementara itu, pada tahun lepas keramaian yang memeluk Islam ialah 96 orang.

Dalam ucapannya, Haji Roslan menyeru supaya saudara-saudara baru akan sentiasa menyertai kursus-kursus yang telah disediakan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI), termasuklah kursus bimbingan mualaf secara asas, lanjutan 1 dan lanjutan 2.