Dua beradik potong alat kelamin lelaki kahwin lari dengan adik

Dua beradik potong alat kelamin lelaki kahwin lari dengan adik

NEW DELHI, 7 Okt (Bernama) – Dua lelaki di negeri Madhya Pradesh, India telah memotong alat kelamin seorang lelaki yang kahwin lari dengan adik perempuan mereka. Dua beradik itu, Rakesh dan Suresh Kushwaha tidak menyenangi Bhupendra Jain, 28, sejak dia kahwin lari dengan adik mereka Babli, lapor Hindustan Times yang memetik kenyataan pegawai polis.

Rakesh dan Suresh telah berjanji kepada pasangan pengantin bahawa mereka akan diraikan dalam majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun pertengkaran tercetus pertengkaran apabila Jain tiba di rumah keluarga perempuan.

Menurut polis dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dengan pisau dan memotong alat kelamin mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA