Dua beradik terima hidayah

Dua beradik terima hidayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bersama kakaknya, baru-baru ini, telah melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di kediaman keluarga mereka di Kampung Batang Mitus, Tutong.

Hadir menyaksikan majlis pengislaman berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Badan Ugama Islam Pasukan Polis Diraja Brunei, Penguasa Kanan Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.

Majlis turut dihadiri oleh para pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pusat Dakwah Islamiah serta ahli keluarga yang diraikan.

Pengislaman dua beradik berkenaan telah disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.

 

Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baru.
Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baru.
PC 6173 Muhammad Rosman bersama kakaknya di majlis pengislaman mereka.
PC 6173 Muhammad Rosman bersama kakaknya di majlis pengislaman mereka.

PC 6173 Rosman bin Pantun, 20, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai PC 6173 Muhammad Rosman bin Pantun, manakala kakaknya, Rosranizah binti Pantun, 28, pula memilih nama Husnia Ranizah Zahra binti Pantun.

PC 6173 Muhammad Rosman yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik bertugas di Balai Polis Kuala Belait sejak tahun lalu, manakala kakaknya, anak kelima, merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tutong.

Di majlis itu, tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada kedua-dua saudara baru berkenaan, yang turut diraikan dengan laungan dikir marhaban dan menabur bunga rampai oleh para jemputan.

ARTIKEL YANG SAMA