Dua beradik terima padah

Dua beradik terima padah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Dua adik-beradik yang berdepan pertuduhan mencederakan, menceroboh dan memiliki senjata berbahaya dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

pg06_151224_mahkamah logo2

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara dan tiga sebatan ke atas Mat Salleh bin Haji Ismail, 45, atas dakwaan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan Pedang Samurai di sebuah rumah di Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 2 November.

Sementara itu, adiknya Murni bin Haji Ismail, 43, dijatuhi enam bulan penjara dan tiga sebatan kerana menceroboh di kawasan yang sama, dan memiliki senjata pedang samurai serta kapak.

ARTIKEL YANG SAMA