Dua beradik terlibat dadah ditahan reman

Dua beradik terlibat dadah ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150824_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Dua adik-beradik yang ditangkap Khamis lalu di bawah Seksyen 22 A, Akta Penyalahgunaan Dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo memohon kepada mahkamah bagi Asmawie bin Umar dan Eddy Marsal bin Umar, kedua-duanya berusia 30-an ditahan reman bagi membantu siasatan.

Seksyen 22 A, Akta Penyalahgunaan Dadah membolehkan tangkapan dibuat bagi mana-mana individu yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah untuk dihadapkan ke mahkamah tanpa berdepan pertuduhan.

Kedua-dua defendan ditangkap pada 20 Ogos 2015 di sebuah rumah di Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 10 pagi, yang mana turut ditemui bahan jernih seberat 89.54 gram dan 4.42 gram termasuk wang tunai sebanyak $7,000 di rumah tersebut.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin membenarkan permohonan itu, dan memerintahkan kedua-dua defendan ditahan reman di Balai Polis Pusat.

Majistret Kanan turut menetapkan 29 Ogos untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA