Dua bersaudara lafaz Dua Kalimah Syahadah

Dua bersaudara lafaz Dua Kalimah Syahadah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Ogos – Dua orang bersaudara berbangsa Dusun telah memilih Islam sebagai pegangan hidup dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Kampung Sungai Damit, Mukim Ukong, Tutong, pagi tadi.

Dayang Fiona binti Aket, 20 telah memilih nama Islam sebagai Dayang Nur Fiona Afrina @ Fifi binti Abdullah Aket, dan sepupunya, Awang Ardyan bin Julaydi, 16, memilih nama Muhammad Ardyan Abdul Razak bin Muhammad Julaydi.

Menurut mereka, minat mendalami agama Islam datang daripada pendidikan agama yang mereka pelajari semasa di bangku sekolah lagi.

Dayang Nur Fiona Afrina yang baru sahaja bertugas di sebuah syarikat swasta di Daerah Belait dan Awang Muhammad Ardyan Abdul Razak masih lagi menuntut di Tahun 10 Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong, melahirkan perasaan amat gembira kerana hajat dan impian memeluk Islam akhirnya tercapai.

Majlis pengislaman Dayang Nur Fiona Afrina @ Fifi dan Muhammad Ardyan Abdul Razak berlangsung di Kampung Sungai Damit, Mukim Ukong.
Majlis pengislaman Dayang Nur Fiona Afrina @ Fifi dan Muhammad Ardyan Abdul Razak berlangsung di Kampung Sungai Damit, Mukim Ukong.

Majlis pengislaman mereka dimeriahkan dengan Dikir Marhaban oleh Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU).

Turut hadir pada majlis itu ialah Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking dan Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Menurut statistik daripada Unit Pengislaman, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Tutong, pada masa ini seramai 74 orang telah pun memeluk Islam di Daerah Tutong sejak awal tahun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA