Dua bom gegar hotel di Kaherah

Dua bom gegar hotel di Kaherah

KAHERAH, 24 Nov (Reuters) – Dua bom meletup di luar sebuah hotel yang menempatkan pemerhati pilihan raya Mesir hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut, lapor televisyen tempatan.

Letupan di bandar al-Arish berlaku sehari selepas pusingan kedua pilihan raya parlimen ditutup.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab insiden itu.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Sinai melancarkan serangan yang sama di rantau ini sebahagian daripada usaha untuk menjatuhkan kerajaan Kaherah.

Menurut sumber dari pihak keselamatan dan televisyen tempatan, sebuah bom kereta meletup disusuli letupan kedua kira-kira 10 minit kemudian.

Ambulans bergegas ke lokasi kejadian yang dikawal oleh pihak tentera dan polis, kata sumber keselamatan.