Dua bot disyaki guna bom ikan

Dua bot disyaki guna bom ikan

KOTA KINABALU, 22 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua bot pam disyaki menangkap dan memiliki ikan menggunakan bahan letupan dan racun di kawasan Pulau Manukan, semalam.

Menurut kenyataan agensi itu hari ini, kedua-dua bot pam itu yang tiada nombor pendaftaran, masing-masing ditahan pada 10:30 malam dan 10.46 malam oleh bot APMM yang melakukan rondaan rutin pemeriksaan di kawasan terbabit.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan kesalahan menangkap dan memiliki ikan dengan menggunakan bahan letupan serta racun,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, awak-awak bot itu berjaya melarikan diri. – Bernama