Dua buah keluarga terima sumbangan DST

Dua buah keluarga terima sumbangan DST

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Ihsan Kasih’ untuk melakukan kebajikan, DST telah menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah $4,600 kepada dua buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Menengah, Pekan Bangar, Temburong dan Skim Perumahan Kampung Rimba.

Penyampaian sumbangan telah diadakan di Ibu Pejabat DST, Tungku Link, hari ini, dan hadir menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.

Setiap ketua keluarga menerima sumbangan berjumlah $2,000, manakala itu, enam orang kanak-kanak daripada keluarga berkenaan menerima $50 atau $100 setiap seorang.

Haji Marsad menyerahkan sumbangan kepada wakil salah sebuah keluarga.
Haji Marsad menyerahkan sumbangan kepada wakil salah sebuah keluarga.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli jawatankuasa eksekutif DST, pihak pengurusan dan para pegawai DST.

Menurut kenyataan DST, sebagai sebahagian daripada outreach komunitinya, Ihsan Kasih bermatlamat untuk memberi sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

DST, secara berterusan telah membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat bencana dan berharap sumbangan itu akan membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA