Dua buah kereta terlibat dalam kemalangan

Dua buah kereta terlibat dalam kemalangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun mengalami kecederaan apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di pusingan U Kampung Lambak menuju ke Tutong kira-kira 8 pagi tadi.

Kejadian turut melibatkan sebuah kereta lain yang dipandu oleh seorang warga asing berusia 47 tahun.

Pasukan Polis Diraja Brunei melaporkan bahawa Balai Polis Berakas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8:03 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan dan mengawal lalu lintas.

pg06_160309_c

Kereta yang terlibat dalam kemalangan.
Kereta yang terlibat dalam kemalangan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan dan pemandu wanita berkenaan masih dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Turut memberi bantuan mengawal lalu lintas ialah salah seorang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang kebetulan berada di tempat kejadian.

ARTIKEL YANG SAMA