Dua budak sekolah cedera main bom tangan di Pakistan

Dua budak sekolah cedera main bom tangan di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 23 Ogos – Sebiji bom tangan meletup hari ini, mencederakan dua budak sekolah dengan seorang cedera parah, ketika mereka bermain dengannya di sebuah kampung terpencil di barat laut Pakistan, menurut polis.

Insiden itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Dhob Darra barat laut lembah Upper Dir, tempat militan Taliban bergiat aktif.

Dua kanak-kanak yang datang ke sekolah pada awal pagi itu telah menemui bom tangan di tanah. Mereka mengutipnya dan mula bermain dengannya sebelum menarik pinnya, kata pegawai kanan polis, Zahid Khan memberitahu AFP.

Salah seorang kanak-kanak itu cedera parah sementara yang lain cedera ringan, kata Khan, menambah bahawa polis mensyaki militan telah meninggalkan bom tangan itu di sana.

Militan Taliban menyerbu sebuah sekolah di Peshawar pada Disember 2014, membunuh lebih 150 orang, terutamanya kanak-kanak, dalam serangan pengganas paling maut di Pakistan.

Militan Islam menentang pendidikan campuran yang telah memusnahkan ratusan buah sekolah, terutamanya bagi budak perempuan, di barat laut Pakistan, sementara penembakan Malala Yousafzai yang berlaku di Lembah Swat Pakistan pada 2012 telah mengejutkan seluruh dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA