Dua cedera hotel jemaah Asia terbakar

Dua cedera hotel jemaah Asia terbakar

MEKAH, Arab Saudi, 17 Sept (AFP) – Kira-kira 1,000 jemaah Asia telah dipindahkan awal hari ini dari hotel mereka yang dilanda kebakaran di bandar Mekah, Saudi, dan telah mencederakan dua orang, menurut agensi pertahanan awam.

Anggota bomba ‘menyelamatkan dua jemaah yang cedera’ dalam kebakaran di sebuah bilik hotel lapan tingkat yang tidak bernama, menurut agensi.

Lebih sejuta jemaah sudah tiba di Mekah bagi menunaikan fardu haji tahun ini, yang bermula pada Selasa. Agensi juga tidak memberitahu mengenai kerakyatan para jemaah mahupun punca kebakaran tersebut.

Tanah Suci Mekah hampir bebas insiden beberapa dekad yang lalu, namun sekitar 107 orang, termasuk beberapa daripadanya dari Asia meninggal dunia pada Jumaat apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjid Utama Mekah, Masjidilharam.