Dua cedera letupan bom motosikal

Dua cedera letupan bom motosikal

MANILA, Filipina, 19 Julai – Dua orang mengalami kecederaan dalam letupan bom motosikal di sebuah kampung di wilayah Sulu di selatan Filipina malam kelmarin, menurut tentera hari ini.

Mangsa adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dikejarkan ke hospital sejurus selepas letupan berkenaan, kata pemerintah bersama pasukan petugas di Sulu.

Penyiasatan awal menunjukkan bahawa motosikal tersebut diletakkan oleh dua lelaki tidak dikenali pada jam 5:30 petang dan letupan berkenaan merosakkan sebahagian pagar kayu sebuah bar karaoke.

Setakat ini belum ada mana-mana pertubuhan yang mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu.

Pasukan polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA