Dua cedera pergaduhan di bengkel

Dua cedera pergaduhan di bengkel

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 April – Satu pergaduhan tercetus di sebuah bengkel di Daerah Tutong mengakibatkan kecederaan terhadap dua orang wanita berusia 51 dan 28 tahun kelmarin.

Menurut polis, kejadian itu melibatkan pergaduhan dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan dilaporkan ke Balai Polis. Punca pergaduhan bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Polis bagaimanapun meminta orang ramai yang mendengar tentang pergaduhan itu agar tidak menyebarluaskan cerita dan mereka-reka mengenainya melalui media sosial.

ARTIKEL YANG SAMA