Dua cef terkemuka meriahkan CF18

Dua cef terkemuka meriahkan CF18

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Dua orang cef terkemuka Taiwan, hari ini, telah mengongsi tip-tip membuat roti dalam kelas membuat roti dan demonstrasi anjuran bersama D’Sunlit dan Bake Culture semasa Pesta Pengguna ke-18 (CF18) di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dalam sesi berkenaan, para peserta diajar bagaimana membuat pilihan roti sihat dan roti pelbagai bijirin.

Memimpin kelas berkenaan ialah cef pakar dan profesor cef Lu Han Chih yang merupakan pakar veteran selama 25 tahun dan juga seorang profesor di Politeknik MKC, Taiwan, di mana beliau mengajar kira-kira lima tahun, mengkhusus dalam roti-roti Eropah.

Turut mengendalikan kelas berkenaan ialah cef pakar pemenang anugerah, Chien Hsiao Chia yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan yang terkini, menjadi juara Taiwan Kraftsfood Cheese Competition pada 2012.

pg12_160528_a

Pakar yang diterbangkan untuk mengajar para peserta kelas membuat kek.
Pakar yang diterbangkan untuk mengajar para peserta kelas membuat kek.

Kedua-dua cef berkenaan berada di Brunei kira-kira sebulan yang lalu apabila TVBS Asia menampilkan Bake Culture dalam program varieti popular ‘Super Taste’.

Di samping mengendalikan kelas membuat roti berkenaan, kedua-dua mereka juga berada di Brunei untuk melatih cef-cef Bake Culture dalam menyediakan mereka bagi perancangan melancarkan produk-produk yang termasuk beberapa produk memenangi anugerah.

“Di Bake Culture, kami banyak menekankan ke atas pengetahuan dan latihan kemahiran. Setiap bulan, cef-cef memenangi anugerah dan berpengalaman didatangkan untuk mengendalikan latihan, malah cef-cef tempatan kami juga kadangkala dihantar untuk menjalankan latihan,” Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah, bulan lalu sahaja, cef mereka berada di Singapura untuk berlatih di bawah seorang cef bertaraf Bintang Michelin yang terkenal dalam bidang pembuatan kek dan pastri.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat bolehlah menyaksikan Cef Pakar Lu Han Chih dan Cef Pakar Chien Hsiao Chia di Pesta Pengguna ke-18 hingga 29 Mei ini dan saksikan mereka dalam program ‘Super Taste’ di Astro Channel 317, TVBS Asia pada 29 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA