Dua diberkas, komplot serang pangkalan tentera laut

Dua diberkas, komplot serang pangkalan tentera laut

SYDNEY, 23 Dis (AFP) – Dua lelaki diberkas hari ini ketika operasi mencegah keganasan di Sydney, dengan pangkalan tentera laut utama Australia di antara lokasi yang didakwa disasarkan oleh mereka, menurut polis.

Penangkapan mereka berlaku beberapa minggu selepas lima orang ditahan berhubung satu komplot yang mensasarkan sebuah bangunan kerajaan Australia.

Ekoran serbuan terbaru, Abdullah Salihy, 24, didakwa menghasilkan dokumen yang mungkin melancarkan serangan pengganas sementara Mohammad Almaouie, 20, dituduh bersubahat untuk “melakukan sesuatu sebagai persediaan untuk melancarkan serangan pengganas.”

Kedua-duanya tidak dibenarkan ikat jamin.

Penangkapan mereka adalah sebahagian daripada Appleby, operasi bersama yang menyiasat orang yang disyaki terbabit dalam perbuatan keganasan dalam negara, pertempuran warga Australia di Syria dan Iraq dan pembiayaan pertubuhan pengganas.

The Royal Australian Navy frigate HMAS Anzac (FFH 150) is seen moored at Sydney's Garden Island naval base after two men were arrested on December 23, 2015 during a counter-terrorism operation in Sydney, with the key Australian naval base among locations they were allegedly targeting, police said.  Their arrests are part of Appleby, a rolling operation investigating people suspected of being involved in domestic acts of terrorism, Australians fighting in Syria and Iraq and the funding of terrorist organisations.  AFP PHOTO / William WEST
The Royal Australian Navy frigate HMAS Anzac (FFH 150) is seen moored at Sydney’s Garden Island naval base after two men were arrested on December 23, 2015 during a counter-terrorism operation in Sydney, with the key Australian naval base among locations they were allegedly targeting, police said. Their arrests are part of Appleby, a rolling operation investigating people suspected of being involved in domestic acts of terrorism, Australians fighting in Syria and Iraq and the funding of terrorist organisations. AFP PHOTO / William WEST

Setakat ini, 11 orang lain telahpun didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan sejak Appleby ditubuhkan pada tahun lalu.

Penolong Pesuruhjaya polis New South Wales Catherine Burn berkata penahanan terbaru berkaitan dengan bukti yang dikumpulkan pada akhir tahun lalu apabila 15 orang ditahan dan satu rancangan untuk menculik dan memenggal kepala seorang anggota awam terbongkar.

“Saya ingin menekankan bahawa aktiviti hari ini berkaitan dengan peristiwa pada tahun lalu, ia berkaitan dengan dokumen dan bahan lain yang dirampas dalam waran mencari pada tahun lalu,” kata beliau.

Tidak timbulnya ancaman khusus tetapi pangkalan tentera laut Garden Island di Sydney Harbour, berhampiran dengan Opera House, adalah antara lokasi yang disebut.

“Kami akan mendakwa dalam perancangan mereka bahawa mereka menyebut beberapa lokasi. Kami sedar dan kami akan mendakwa bahawa pangkalan tentera laut Woolloomooloo adalah antara lokasi berkenaan,” kata Burn.

Beliau menambah “apa yang akan kami katakan adalah terdapat sekumpulan orang yang berkumpul dengan idea, dengan niat untuk melakukan sesuatu, dan mereka mula membuat persediaan untuk melancarkan serangan pengganas.”

Meskipun begitu, beliau menekankan Tidak “adanya ancaman sekarang, tidak adanya ancaman buat sementara waktu ini.”

Polis telah menumpu pada sekumpulan 20 pemuda yang didakwa oleh mereka sedang komited untuk melancarkan serangan pengganas di Australia.

ARTIKEL YANG SAMA