Dua didakwa atas serangan pengganas di Belgium

Dua didakwa atas serangan pengganas di Belgium

BRUSSELS, 1 Dis – Pihak berkuasa Belgium mendakwa seorang wanita dan seorang lelaki hari ini dengan kesalahan pengganasan atas serangan berparang pada bulan Ogos terhadap dua anggota polis wanita yang mana diakui dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

Pejabat pendakwa raya berkata Sabrina Z, 36 dan Farid L., 37, yang ditahan dalam satu siri serbuan pada Rabu lepas, didakwa oleh hakim Belgium yang menyiasat serangan itu bandar selatan Charleroi.

Penyerang tersebut ditembak mati dalam insiden itu. “Kedua-dua mereka didakwa atas penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pertubuhan pengganas dan percubaan membunuh dalam konteks pengganas,” menurut pejabat itu dalam satu keterangan.

Tiga yang lain ditahan dalam serbuan itu dibebaskan sementara seorang lagi masih ditahan bagi soal siasat.

Police merampas beberapa senjata tajam, sebahagian darinya serupa dengan apa yang digunakan dalam serangan itu, apabila mereka menyerbu lapan rumah di kawasan selatan Charleroi ibu negeri Brussels.

Ketika insiden 6 Ogos, seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang dua wanita di luar balai polis utama di Charleroi sebelum ditembak mati oleh seorang pegawai ketiga.

Dia dikenal pasti sebagai seorang warga Algeria yang secara haram tinggal di Belgium. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA