Dua dihantar ke Myanmar

Dua dihantar ke Myanmar

Oleh Hajah Saemah Kepli

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Negara Brunei Darussalam telah menghantar dua orang ahli Pasukan Penilaian Pantas Kecemasan ASEAN (ASEAN ERAT) bagi membantu penilaian di Myanmar yang dilanda banjir.

Penolong Penguasa Bomba, Timbalan Pegawai Pemerintah Operasi F, Haji Nordin bin Haji Buntan dan Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Pegawai Balai Awang Muhammad Ali bin Hassan telah berlepas meninggalkan negara, kelmarin, untuk menjalankan misi penilaian kira-kira dua minggu di negara itu.  Hadir untuk mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu.

Sementara itu doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba, Haji Adanan bin Haji Ahmad.

Dua ahli ASEAN ERAT bergambar ramai sebelum berlepas meninggalkan negara bagi membantu penilaian kepada Myanmar yang dilanda banjir baru-baru ini.
Dua ahli ASEAN ERAT bergambar ramai sebelum berlepas meninggalkan negara bagi membantu penilaian kepada Myanmar yang dilanda banjir baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA