Dua dikhuatiri lemas di Sarikei

Dua dikhuatiri lemas di Sarikei

SARIKEI, 9 Feb – Seorang lelaki turut sama lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja di pantai Belawai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Boniman Margiman berkata mereka dikenali sebagai Amy Amira Pandita, 27, dan remaja berkenaan Muhammad Hanis Ahmad Tajudin, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai.

Kedua-dua mangsa dari Kampung Jerijih masih hilang sehingga kini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dikatakan sedang mandi bersama beberapa rakan mereka kira-kira pukul 5 petang itu.

“Mereka dipukul ombak kuat lalu hanyut manakala rakan-rakan mereka yang lain sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Boniman berkata usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan. – Bernama