Dua ditahan bawa barang tegahan

Dua ditahan bawa barang tegahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 16 dan 22 tahun telah diberkas oleh anggota Polis Marin, Polis Diraja Brunei di perairan Pulau Chermin kerana didapati membawa barang tegahan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, hari ini, antara barang-barang tegahan yang turut dirampas adalah dua kotak besar hati buyah dan dua beg mengandungi 154 karton rokok dan tujuh kotak rokok pelbagai jenis.

Jika kedua-dua suspek itu didapati bersalah mereka akan didakwa di bawah Seksyen 280 Kanun Hukuman Jenayah, mengemudi bot secara gopoh dan membahayakan anggota polis bertugas; Seksyen 427 Kanun Hukuman Jenayah, mengakibatkan kerosakan terhadap harta benda kerajaan; Seksyen 188 Kanun Hukuman Jenayah, kerana gagal mematuhi arahan untuk ditahan dan dibuat pemeriksaan dan cuba melarikan diri; serta menyeludup barang-barang tegahan di bawah Akta Kastam.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti penyeludupan dan jika ada mendapati orang yang mencurigakan untuk menghubungi segera ke balai-balai polis yang berdekatan atau di talian kecemasan 993.

Dua kotak besar dan dua beg yang mengandungi barang tegahan.
Dua kotak besar dan dua beg yang mengandungi barang tegahan.

ARTIKEL YANG SAMA